Peluang Kerjaya di Poliklinik Dr. Medic
Mari sertai keluarga besar kami di Poliklinik Dr. Medic! Kami sedang mencari individu yang bersemangat, berdedikasi, dan ingin berkembang bersama kami untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.
Cara Memohon:
Hantarkan permohonan anda ke hrpoliklinikdrmedic@gmail.com atau hantar ke Whatsapp PIC kami.
Sebarang pertanyaan, hubungi atau WhatsApp PIC kami di 011-1288 4601.
-
Pegawai Perubatan Tetap
Memberikan rawatan penuh perhatian kepada pesakit, mendiagnosis dengan tepat, dan memberikan preskripsi yang sesuai. Membantu dalam prosedur pembedahan kecil serta pemeriksaan kesihatan.
Keperluan Asas:
MBBS atau Ijazah Perubatan dari universiti yang diiktiraf.
Berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).
Memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) yang sah.
Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Pembantu Klinik
Menyediakan peralatan perubatan, membantu doktor semasa prosedur, dan menjalankan ujian makmal. Mengambil dan merekod tanda vital pesakit.
Keperluan Asas:
Minimum SPM/’O’ Level atau Diploma dalam mana-mana bidang.
Graduan baru yang berdisiplin, rajin, dan bersemangat digalakkan memohon.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Pembantu Perubatan/Jururawat
Mendaftarkan pesakit, membantu doktor semasa pemeriksaan, dan mengendalikan peralatan perubatan. Memantau stok ubat-ubatan dan menyokong operasi klinikal. Menjamin kerahsiaan maklumat pesakit.
Keperluan Asas:
Diploma Pembantu Perubatan dengan APC yang sah / Diploma atau Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan & Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau Lembaga Pembantu Perubatan.
Kemahiran komunikasi dan prosedur klinikal yang baik.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Juruteknologi Ultrasonografi
Melakukan pemeriksaan scan ultrasonografi dan boleh menyelenggara peralatan dengan teliti. Bekerjasama dengan radiologis untuk menginterpretasi hasil imbasan.
Keperluan Asas:
Ijazah Sarjana Muda dalam Sonografi atau setaraf.
Kemahiran komunikasi yang baik dan boleh menjelaskan istilah teknikal dengan jelas.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Pereka Grafik/Media
Menghasilkan rekaan kreatif untuk media cetak dan digital bagi menyokong kempen pemasaran.
Keperluan Asas:
Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran atau bidang berkaitan.
Minimum 3 tahun pengalaman dalam reka bentuk grafik.
Mahir menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator, dan alat reka bentuk lain.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Pembantu Pentadbiran
Memberi sokongan pentadbiran termasuk pengurusan jadual dan operasi harian.
Keperluan Asas:
Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.
Minimum 6 bulan pengalaman kerja berkaitan.
Kebolehan multitasking dan kemahiran organisasi yang cemerlang.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Pembantu Sumber Manusia
Mengurus manfaat pekerja, latihan, dan operasi sumber manusia.
Keperluan Asas:
Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Sumber Manusia atau bidang berkaitan.
Minimum 3 tahun pengalaman pengurusan dalam HR.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
-
Eksekutif Pemasaran Digital
Merancang dan melaksanakan kempen pemasaran digital serta mengurus kandungan media sosial.
Keperluan Asas:
Pengalaman dalam pemasaran digital.
Mahir menggunakan alat penyuntingan video dan aplikasi pejabat.
*Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.
Program Internship di Poliklinik Dr. Medic
Kami di Poliklinik Dr. Medic membuka peluang kepada pelajar dari bidang Sains dan Perniagaan untuk menyertai program internship kami!
Inilah peluang anda untuk:
✅ Mendalami pengalaman kerja dalam dunia klinikal dan pentadbiran.
✅ Menimba ilmu dari pasukan profesional kami.
✅ Membina asas kukuh untuk kerjaya masa depan anda.
Kenapa Pilih Internship di klinik Kami ?
Latihan Profesional
Pelajar akan dibimbing oleh staf berpengalaman dan doktor yang berdedikasi untuk memastikan pendedahan yang relevan dan berkesan dalam bidang masing-masing.
Pengalaman Praktikal Sebenar
Terlibat secara langsung dalam tugasan sebenar yang memberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar di persekitaran klinik.
Elaun Latihan Fleksibel
Elaun disediakan secara fleksibel mengikut bidang, tempoh latihan, dan prestasi pelajar sepanjang program.
Bidang Internship Yang Ditawarkan
Terbuka kepada pelajar Sijil, Diploma dan Ijazah sahaja.
1. Bidang Biosains (Medical Sciences Field)
Menyokong operasi klinik melalui pemahaman prosedur perubatan dan makmal.
Belajar pengurusan stok ubat dan vaksin.
Mendedahkan diri kepada operasi harian klinik termasuk proses rawatan asas dan pengendalian pesakit.
2. Bidang Perniagaan (Business Field)
Membantu dalam pengurusan pentadbiran dan sumber manusia.
Mengasah kemahiran organisasi melalui tugasan pengurusan jadual dan pelaporan.
3. Bidang Kreatif & Komunikasi (Creative & Communication Field)
Terbuka kepada pelajar dalam bidang penyuntingan video, reka bentuk grafik, komunikasi massa, dan kandungan kreatif.
Membantu dalam penghasilan bahan visual untuk media sosial dan promosi kesihatan.
Belajar asas produksi kandungan, penjenamaan, dan reka bentuk pemasaran.
4. Bidang Pemasaran (Marketing Field)
Terlibat secara langsung dalam strategi pemasaran digital klinik.
Mengurus kandungan media sosial dan membantu dalam pelaksanaan kempen iklan serta promosi.
Belajar asas perancangan pemasaran, analisis engagement, dan pengurusan jenama klinik secara menyeluruh.
SYARAT/Keperluan Program Internship
Pelajar dari kolej atau universiti bertauliah dalam bidang Biosains, Perniagaan, Kreatif & Komunikasi, atau Pemasaran:
Bersedia untuk belajar dan bekerja dalam suasana profesional.
Mempunyai komitmen tinggi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.
Mempunyai kemahiran asas komputer dan/atau penggunaan media sosial, bergantung kepada bidang yang dipohon.
Beradab, bertanggungjawab, dan menunjukkan etika kerja yang baik sepanjang tempoh latihan.
🔸 Nota Penting:
Pihak klinik berhak untuk menamatkan program latihan industri pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib, ketidakhadiran tanpa sebab munasabah, atau tingkah laku yang menjejaskan operasi klinik.
Cara Memohon Program Internship
Cara Memohon Latihan Industri
Calon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan lengkap ke alamat e-mel rasmi kami:
📧 hrpoliklinikdrmedic@gmail.com
Dokumen yang diperlukan:
Resume terkini – Maklumat lengkap tentang latar belakang akademik, pengalaman, dan kemahiran yang dimiliki.
Surat sokongan atau pengesahan dari kolej/universiti – Surat rasmi yang menyatakan bahawa anda sedang mengikuti kursus pengajian dan memerlukan penempatan latihan industri.
Surat pengenalan diri ringkas – Tulis satu muka surat yang memperkenalkan diri anda, menjelaskan minat anda terhadap latihan industri ini, dan apa yang anda harapkan untuk pelajari sepanjang tempoh penempatan.
Salinan keputusan akademik terkini/mini transkrip – Bagi pelajar yang belum tamat pengajian, sila lampirkan mini transkrip atau senarai keputusan peperiksaan terkini.
Tajuk e-mel: Permohonan Internship - (Nama Bidang)
Contoh: Permohonan Internship - Pemasaran
Sebarang pertanyaan lanjut, sila WhatsApp pihak kami di 011-1288 4601 (PIC- Sir. Nazri Affendi) Waktu respon: Isnin - Sabtu, 9.00 pagi hingga 6.00 petang).
Jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman kerja bersama Poliklinik Dr. Medic.