Frequently Asked Questions

Soalan lazim tentang klinik kami, polisi perkhidmatan, dan pelbagai lagi.


Apakah perkhidmatan yang ditawarkan di Poliklinik Dr. Medic?

Poliklinik Dr. Medic menyediakan perkhidmatan kesihatan yang komprehensif, termasuk rawatan perubatan am, penjagaan kesihatan ibu dan anak, pembedahan kecil, pengurusan penyakit kronik, saringan kesihatan, dan imbasan ultrasound.

Apakah waktu operasi klinik?

Klinik kami dibuka setiap hari, dari 8:00 pagi hingga 11:00 malam, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Untuk waktu terkini, sila semak media sosial kami atau hubungi kami.

Perlukah saya membuat temu janji atau boleh datang terus ke klinik?

Kedua-dua pilihan disediakan. Anda boleh datang secara walk-in, tetapi kami menggalakkan anda membuat temujanji untuk mengelakkan masa menunggu yang lama. Temujanji boleh dibuat melalui laman web kami atau WhatsApp. Pelanggan tanpa temu janji juga dialu-alukan bergantung pada kekosongan.

Apa yang perlu saya bawa semasa lawatan ke klinik nanti?

Sila bawa kad pengenalan anda, rekod perubatan terdahulu, dan surat rujukan jika ada. Untuk lawatan berkaitan kehamilan, bawa buku kehamilan atau keputusan ultrasound terdahulu.

Apakah yang perlu saya lakukan jika berlaku kecemasan?

Sekiranya berlaku kecemasan perubatan, sila pergi ke hospital terdekat yang mempunyai kemudahan kecemasan. Untuk kebimbangan mendesak tetapi tidak mengancam nyawa, anda boleh mengunjungi kami semasa waktu operasi.

Adakah Poliklinik Dr. Medic menerima Rawatan Panel insurans?

Kami telah berdaftar dengan pelbagai panel insurans. Sila rujuk laman web kami untuk senarai penyedia panel insurans yang diterima.

Adakah slot kosong peluang pekerjaan di Poliklinik Dr. Medic?

Ya, kami sentiasa mencari individu yang berdedikasi dan bersemangat untuk menyertai pasukan kami. Sama ada anda seorang profesional berpengalaman atau graduan baru, kami menawarkan pelbagai bidang dan jawatan. Jika berminat, sila hubungi kami melalui Whatsapp atau hantarkan resume anda ke email rasmi kami.


Polisi korporat poliklinik dr. medic


Resit Rasmi Klinik

  1. Resit untuk Penerima Rawatan
    Resit hanya boleh dikeluarkan atas nama penerima rawatan. Nama ibu bapa atau penjaga boleh ditambah dalam resit atas permintaan untuk tujuan tertentu seperti pelepasan cukai.

  2. Permintaan Resit Terperinci
    Resit terperinci akan disediakan berdasarkan permintaan. Sila maklumkan kepada kakitangan kami jika anda memerlukan resit jenis ini.

  3. Salinan Resit
    Permintaan untuk salinan resit akan dikenakan caj tambahan.

  4. Pindaan pada Resit
    Sebarang pindaan atau perubahan pada resit hanya dibenarkan jika dimaklumkan pada hari yang sama dengan transaksi asal.


Slip Masa (Time Slip)

  1. Pemberian Slip Masa
    Slip masa boleh diberikan kepada kedua-dua ibu bapa atau penjaga sebagai bukti bahawa mereka menemani pesakit ke klinik untuk tujuan rawatan atau pemeriksaan.

  2. Tempoh Masa
    Slip masa akan menyatakan masa 3 jam bermula dari masa pendaftaran pesakit di klinik. Ini adalah anggaran yang mencukupi untuk meliputi tempoh menunggu, rawatan, dan sebarang proses susulan.

  3. Rasional Polisi
    Bertujuan untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga yang bekerja untuk mendapatkan pelepasan waktu bekerja daripada majikan mereka. Slip masa menyediakan dokumentasi rasmi yang boleh digunakan untuk menjelaskan ketidakhadiran mereka di tempat kerja dengan alasan yang sah.

Konsultasi & Caj Tambahan pada Perkhidmatan Ultrasound

Tujuan Caj Tambahan
Caj tambahan dikenakan hanya apabila melibatkan masa, kepakaran, atau kos tambahan di luar harga asas ultrasound.

Situasi Caj Tambahan Dikenakan
Konsultasi doktor atau caj tambahan akan dikenakan sekiranya:

  1. Pelanggan Meminta Konsultasi

    • Pelanggan secara khusus meminta untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan penerangan lanjut tentang keputusan ultrasound.

  2. Keputusan Ultrasound Memerlukan Penilaian Lanjut

    • Hasil scan menunjukkan keputusan yang meragukan atau di luar julat normal dan memerlukan penilaian serta nasihat doktor demi keselamatan pesakit.

  3. Ubat atau Rawatan Susulan Diperlukan

    • Pelanggan memerlukan preskripsi ubat atau rawatan susulan berkaitan dengan keputusan ultrasound. Caj ini meliputi kos ubat atau prosedur tambahan.

Tiada Caj Tambahan Tanpa Keperluan
Jika tiada permintaan atau keperluan klinikal seperti di atas, caj yang dikenakan hanyalah harga ultrasound mengikut kadar semasa atau promosi.

Ketelusan & Resit Rasmi
Semua caj akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum dikenakan, dan resit rasmi akan dikeluarkan untuk setiap transaksi.


Pengeluaran Sijil Perubatan (MC)

  1. Pengeluaran MC
    Sijil Perubatan (MC) tidak boleh dikeluarkan di kaunter pendaftaran atau dispensari. Pesakit mesti berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan MC.

  2. Tempoh MC
    Tempoh maksimum MC adalah 3 hari, kecuali untuk kes khas seperti prosedur besar yang dilakukan di bilik rawatan, di mana MC sehingga 5 hari boleh diberikan.

  3. MC Tidak Boleh Dipratarikhkan
    MC tidak boleh dipratarikhkan (backdated) mengikut polisi perubatan standard. Tarikh yang dinyatakan pada MC adalah berdasarkan tarikh pesakit mendapatkan rawatan.

  4. Nama pada MC
    MC hanya boleh dikeluarkan atas nama pesakit yang menerima rawatan dan tidak boleh atas nama ibu bapa atau penjaga.


Pemulangan Wang

Pemulangan wang hanya dibenarkan dalam keadaan tertentu, termasuk produk yang rosak, hampir tamat tempoh, atau berlaku kesilapan kakitangan dalam penyediaan ubat, perkhidmatan, atau prosedur. Selain itu, bayaran sendiri untuk perkhidmatan yang sepatutnya dilindungi oleh panel juga layak untuk pemulangan. Semua pemulangan wang mesti mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan di Malaysia.

Polisi ini tidak meliputi pembatalan tempahan, termasuk tempahan yang tidak boleh dipindah milik, pembayaran awal untuk produk atau perkhidmatan jika pembatalan dilakukan selepas pembayaran dibuat, dan perkhidmatan promosi seperti baucar atau tawaran yang telah tamat tempoh tanpa dituntut. Permohonan pemulangan dalam situasi ini hanya akan dipertimbangkan dengan kelulusan khas daripada pihak pengurusan klinik.

Jika anda memerlukan maklumat tambahan atau penjelasan lanjut mengenai polisi ini, sila hubungi kami untuk bantuan.

Ubat Tidak Boleh Ditukar atau Dikurangkan

Penukaran Ubat
Ubat yang telah dipreskripsi oleh doktor tidak boleh ditukar kepada jenis atau jenama lain tanpa penilaian semula oleh doktor yang merawat. Penukaran tanpa nasihat doktor boleh menjejaskan keberkesanan rawatan atau menyebabkan risiko kepada kesihatan pesakit.

Pengurangan Dos atau Kuantiti
Dos atau jumlah ubat yang telah dipreskripsi tidak boleh dikurangkan atas permintaan pesakit semata-mata. Sebarang pengurangan hanya dibenarkan jika disarankan oleh doktor berdasarkan keadaan kesihatan pesakit.

Alasan Perubatan
Perubahan pada ubat atau dos hanya boleh dibuat sekiranya:

  • Pesakit mengalami alahan atau kesan sampingan yang dibuktikan secara klinikal, atau

  • Terdapat perubahan dalam diagnosis atau pelan rawatan.

Ketegasan Polisi
Klinik berhak menolak sebarang permintaan penukaran atau pengurangan ubat sekiranya ia bercanggah dengan penilaian klinikal atau boleh menjejaskan keberkesanan rawatan.

Pembayaran Ansuran – Atome & Maybank EzyPay


Apakah yang dimaksudkan dengan pembayaran ansuran melalui Atome & Maybank EzyPay?

Pembayaran ansuran melalui Atome dan Maybank EzyPay ialah kemudahan yang membolehkan pesakit membahagikan jumlah bayaran rawatan kepada beberapa bayaran bulanan. Kemudahan ini ditawarkan oleh pihak Atome dan Maybank, dan digunakan sebagai pilihan pembayaran di Poliklinik Dr. Medic Ampang bagi rawatan terpilih.


Adakah pembayaran ansuran ini ditawarkan oleh Pihak klinik?

Klinik hanya menyediakan kemudahan sebagai pilihan pembayaran. Kelulusan, pengurusan ansuran dan terma pembayaran adalah di bawah tanggungjawab pihak Atome atau Maybank.


Siapa yang layak menggunakan pembayaran ansuran ini?

Kelayakan penggunaan adalah tertakluk sepenuhnya kepada kelulusan Atome atau Maybank berdasarkan kriteria mereka sendiri. Klinik tidak terlibat dan tidak boleh mempengaruhi keputusan kelulusan.


Berapakah jumlah minimum untuk menggunakan pembayaran ansuran?

Jumlah minimum transaksi ialah RM500 dan ke atas dalam satu resit. Pembayaran di bawah RM500 tidak layak untuk kemudahan ansuran.


Adakah semua rawatan dan perkhidmatan boleh menggunakan pembayaran ansuran?

Tidak. Pembayaran ansuran hanya tersedia untuk rawatan dan perkhidmatan terpilih sahaja. Klinik berhak menentukan rawatan yang layak atau tidak untuk pembayaran ansuran berdasarkan jenis rawatan dan polisi semasa.


Bagaimanakah proses pembayaran Secara ansuran dilakukan?

Pesakit perlu memohon pembayaran ansuran melalui aplikasi atau platform Atome atau Maybank EzyPay semasa proses pembayaran. Kelulusan adalah tertakluk kepada penilaian pihak Atome atau Maybank.


Bolehkah permohonan ansuran ditolak?

Ya. Permohonan boleh ditolak oleh pihak Atome atau Maybank walaupun rawatan layak untuk ansuran. Dalam situasi ini, pesakit perlu membuat bayaran menggunakan kaedah lain yang disediakan oleh klinik.


Bolehkah saya membatalkan rawatan atau membuat refund selepas menggunakan pembayaran ansuran?

Setelah rawatan atau perkhidmatan diberikan, tiada refund atau pembatalan akan diproses oleh pihak klinik. Sebarang urusan berkaitan refund, pembatalan pelan ansuran atau pelarasan bayaran adalah tertakluk kepada polisi Atome atau Maybank.


Klinik boleh ke bantu batalkan atau ubah pelan ansuran saya?

Tidak. Klinik tidak mempunyai akses atau kuasa untuk membatalkan, mengubah atau melaras pelan ansuran yang telah diluluskan oleh Atome atau Maybank.


Adakah terdapat caj tambahan, faedah atau penalti?

Sebarang caj perkhidmatan, kadar faedah, penalti lewat bayar atau kos tambahan lain adalah ditentukan oleh pihak Atome atau Maybank mengikut polisi mereka. Klinik tidak mengenakan dan tidak mengawal caj tersebut.


Apa yang akan berlaku jika saya lewat atau gagal membuat bayaran ansuran?

Kelewatan atau kegagalan membuat bayaran boleh mengakibatkan penalti, sekatan akaun atau tindakan lanjut oleh Atome atau Maybank. Klinik tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi kewangan atau rekod kredit yang mungkin timbul.


Isu berkaitan apa yang perlu saya hubungi Atome atau Maybank?

Pesakit perlu menghubungi Atome atau Maybank bagi:

  • Status dan kelulusan permohonan ansuran

  • Jadual bayaran dan jumlah ansuran

  • Caj, faedah dan penalti

  • Isu aplikasi, akaun pengguna atau sistem

  • Pertanyaan berkaitan refund atau pembatalan pelan ansuran


Isu berkaitan apa yang perlu saya hubungi pihak klinik?

Pelanggan digalakkan menghubungi klinik untuk perkara berikut:

  • Pertanyaan berkaitan rawatan dan prosedur

  • Temujanji dan jadual rawatan

  • Resit atau pengesahan perkhidmatan

  • Kelayakan rawatan untuk menggunakan pembayaran ansuran


Adakah maklumat peribadi saya dikongsi dengan Pihak klinik?

Maklumat berkaitan akaun ansuran, kelulusan dan bayaran diuruskan oleh pihak Atome atau Maybank mengikut polisi privasi mereka. Klinik hanya menerima maklumat yang diperlukan untuk tujuan pembayaran rawatan.


Apakah yang saya setujui apabila memilih pembayaran ansuran ini?

Dengan menggunakan kemudahan pembayaran ansuran melalui Atome atau Maybank EzyPay, pelanggan dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh klinik serta pihak Atome atau Maybank.


Apakah anda Masih Ada Soalan?

Jika anda tidak menemui jawapan yang anda cari, jangan ragu untuk menghubungi kami melalui:

Telefon: 03-4291-0405 / +6014-227-5167
Email: hrpoliklinikdrmedic@gmail.com
Instagram: @poliklinikdrmedic

Kami sentiasa bersedia untuk membantu anda!