Program Internship di Poliklinik Dr. Medic

Kami di Poliklinik Dr. Medic membuka peluang kepada pelajar dari bidang Sains dan Perniagaan untuk menyertai program internship kami!

Inilah peluang anda untuk:
✅ Mendalami pengalaman kerja dalam dunia klinikal dan pentadbiran.
✅ Menimba ilmu dari pasukan profesional kami.
✅ Membina asas kukuh untuk kerjaya masa depan anda.

Kenapa Pilih Internship di klinik Kami ?

Latihan Profesional
Pelajar akan dibimbing oleh staf berpengalaman dan doktor yang berdedikasi untuk memastikan pendedahan yang relevan dan berkesan dalam bidang masing-masing.

Pengalaman Praktikal Sebenar
Terlibat secara langsung dalam tugasan sebenar yang memberi pendedahan kepada situasi kerja sebenar di persekitaran klinik.

Elaun Latihan Fleksibel
Elaun disediakan secara fleksibel mengikut bidang, tempoh latihan, dan prestasi pelajar sepanjang program.

Bidang Internship Yang Ditawarkan

Terbuka kepada pelajar Sijil, Diploma dan Ijazah sahaja.

1. Bidang Biosains (Medical Sciences Field)

  • Menyokong operasi klinik melalui pemahaman prosedur perubatan dan makmal.

  • Belajar pengurusan stok ubat dan vaksin.

  • Mendedahkan diri kepada operasi harian klinik termasuk proses rawatan asas dan pengendalian pesakit.

2. Bidang Perniagaan (Business Field)

  • Membantu dalam pengurusan pentadbiran dan sumber manusia.

  • Mengasah kemahiran organisasi melalui tugasan pengurusan jadual dan pelaporan.

3. Bidang Kreatif & Komunikasi (Creative & Communication Field)

  • Terbuka kepada pelajar dalam bidang penyuntingan video, reka bentuk grafik, komunikasi massa, dan kandungan kreatif.

  • Membantu dalam penghasilan bahan visual untuk media sosial dan promosi kesihatan.

  • Belajar asas produksi kandungan, penjenamaan, dan reka bentuk pemasaran.

4. Bidang Pemasaran (Marketing Field)

  • Terlibat secara langsung dalam strategi pemasaran digital klinik.

  • Mengurus kandungan media sosial dan membantu dalam pelaksanaan kempen iklan serta promosi.

  • Belajar asas perancangan pemasaran, analisis engagement, dan pengurusan jenama klinik secara menyeluruh.

SYARAT/Keperluan Program Internship

Pelajar dari kolej atau universiti bertauliah dalam bidang Biosains, Perniagaan, Kreatif & Komunikasi, atau Pemasaran:

  • Bersedia untuk belajar dan bekerja dalam suasana profesional.

  • Mempunyai komitmen tinggi untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan.

  • Mempunyai kemahiran asas komputer dan/atau penggunaan media sosial, bergantung kepada bidang yang dipohon.

  • Beradab, bertanggungjawab, dan menunjukkan etika kerja yang baik sepanjang tempoh latihan.

🔸 Nota Penting:
Pihak klinik berhak untuk menamatkan program latihan industri pada bila-bila masa sekiranya berlaku pelanggaran tatatertib, ketidakhadiran tanpa sebab munasabah, atau tingkah laku yang menjejaskan operasi klinik.

Cara Memohon Program Internship

Cara Memohon Latihan Industri
Calon yang berminat dijemput untuk menghantar permohonan lengkap ke alamat e-mel rasmi kami:
📧 hrpoliklinikdrmedic@gmail.com

Dokumen yang diperlukan:

  1. Resume terkini – Maklumat lengkap tentang latar belakang akademik, pengalaman, dan kemahiran yang dimiliki.

  2. Surat sokongan atau pengesahan dari kolej/universiti – Surat rasmi yang menyatakan bahawa anda sedang mengikuti kursus pengajian dan memerlukan penempatan latihan industri.

  3. Surat pengenalan diri ringkas – Tulis satu muka surat yang memperkenalkan diri anda, menjelaskan minat anda terhadap latihan industri ini, dan apa yang anda harapkan untuk pelajari sepanjang tempoh penempatan.

  4. Salinan keputusan akademik terkini/mini transkrip – Bagi pelajar yang belum tamat pengajian, sila lampirkan mini transkrip atau senarai keputusan peperiksaan terkini.

Tajuk e-mel: Permohonan Internship - (Nama Bidang)
Contoh: Permohonan Internship - Pemasaran

Sebarang pertanyaan lanjut, sila WhatsApp pihak kami di 011-1288 4601 (PIC- Sir. Nazri Affendi) Waktu respon: Isnin - Sabtu, 9.00 pagi hingga 6.00 petang).

Jangan lepaskan peluang untuk mencipta pengalaman kerja bersama Poliklinik Dr. Medic.

Sertai kami dan mula langkah pertama ke arah kerjaya cemerlang anda !!!