Peluang Kerjaya di Poliklinik Dr. Medic

Mari sertai keluarga besar kami di Poliklinik Dr. Medic! Kami sedang mencari individu yang bersemangat, berdedikasi, dan ingin berkembang bersama kami untuk memberikan perkhidmatan kesihatan terbaik kepada masyarakat.

Cara Memohon:

  • Hantarkan permohonan anda ke hrpoliklinikdrmedic@gmail.com atau hantar ke Whatsapp PIC kami.

  • Sebarang pertanyaan, hubungi atau WhatsApp PIC kami di 011-1288 4601.

  • Pegawai Perubatan Tetap

    Memberikan rawatan penuh perhatian kepada pesakit, mendiagnosis dengan tepat, dan memberikan preskripsi yang sesuai. Membantu dalam prosedur pembedahan kecil serta pemeriksaan kesihatan.

    Keperluan Asas:

    MBBS atau Ijazah Perubatan dari universiti yang diiktiraf.

    Berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

    Memiliki Sijil Amalan Tahunan (APC) yang sah.

    Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang berkaitan.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Pembantu Klinik

    Menyediakan peralatan perubatan, membantu doktor semasa prosedur, dan menjalankan ujian makmal. Mengambil dan merekod tanda vital pesakit.

    Keperluan Asas:

    Minimum SPM/’O’ Level atau Diploma dalam mana-mana bidang.

    Graduan baru yang berdisiplin, rajin, dan bersemangat digalakkan memohon.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Pembantu Perubatan/Jururawat

    Mendaftarkan pesakit, membantu doktor semasa pemeriksaan, dan mengendalikan peralatan perubatan. Memantau stok ubat-ubatan dan menyokong operasi klinikal. Menjamin kerahsiaan maklumat pesakit.

    Keperluan Asas:

    Diploma Pembantu Perubatan dengan APC yang sah / Diploma atau Diploma Lanjutan dalam Kejururawatan & Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia atau Lembaga Pembantu Perubatan.

    Kemahiran komunikasi dan prosedur klinikal yang baik.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Juruteknologi Ultrasonografi

    Melakukan pemeriksaan scan ultrasonografi dan boleh menyelenggara peralatan dengan teliti. Bekerjasama dengan radiologis untuk menginterpretasi hasil imbasan.

    Keperluan Asas:

    Ijazah Sarjana Muda dalam Sonografi atau setaraf.

    Kemahiran komunikasi yang baik dan boleh menjelaskan istilah teknikal dengan jelas.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Pereka Grafik/Media

    Menghasilkan rekaan kreatif untuk media cetak dan digital bagi menyokong kempen pemasaran.

    Keperluan Asas:

    Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran atau bidang berkaitan.

    Minimum 3 tahun pengalaman dalam reka bentuk grafik.

    Mahir menggunakan Adobe Photoshop, Illustrator, dan alat reka bentuk lain.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Pembantu Pentadbiran

    Memberi sokongan pentadbiran termasuk pengurusan jadual dan operasi harian.

    Keperluan Asas:

    Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Perniagaan atau bidang berkaitan.

    Minimum 6 bulan pengalaman kerja berkaitan.

    Kebolehan multitasking dan kemahiran organisasi yang cemerlang.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Pembantu Sumber Manusia

    Mengurus manfaat pekerja, latihan, dan operasi sumber manusia.

    Keperluan Asas:

    Diploma atau Ijazah Sarjana Muda dalam Sumber Manusia atau bidang berkaitan.

    Minimum 3 tahun pengalaman pengurusan dalam HR.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.

  • Eksekutif Pemasaran Digital

    Merancang dan melaksanakan kempen pemasaran digital serta mengurus kandungan media sosial.

    Keperluan Asas:

    Pengalaman dalam pemasaran digital.

    Mahir menggunakan alat penyuntingan video dan aplikasi pejabat.

    *Tugas penuh akan diberitahu semasa temuduga.