Aktiviti & Program Komuniti ‘ Klinik Prihatin ’

Komitmen Kami Melebihi Rawatan 🤍

Di Poliklinik Dr Medic, kami percaya bahawa peranan kami dalam komuniti bukan sahaja tertumpu kepada perkhidmatan kesihatan, tetapi juga dalam membina hubungan yang kukuh dengan masyarakat sekeliling. Laman ini memaparkan pelbagai aktiviti, program dan inisiatif yang telah kami jalankan bersama komuniti, kakitangan dan rakan kerjasama kami.


31 March 2025

Kami menyambut Aidilfitri dengan penuh keceriaan bersama Team tersayang.

Kami menyambut Aidilfitri dengan penuh keceriaan bersama Team tersayang.
Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga kepada anda semua.

29 March 2025

Momen manis bersama warga kerja Poliklinik Dr. Medic

Para pengarah klinik menyampaikan hamper dan Duit Raya sebagai tanda penghargaan atas usaha mereka. Semoga Aidilfitri kali ini dapat membawa lebih keceriaan dan keberkatan untuk semua staff kami!

16 March 2025

“Senyuman Mereka, Bahagia Kami” - Program CSR Ramadhan 2025

Tahun ini, Poliklinik Dr. Medic berpeluang menjalankan program CSR sempena bulan mulia Ramadan dengan menyantuni anak-anak di PERTUBUHAN ANAK YATIM DAN ASNAF AN-NAAFI, SELANGOR. Melihat senyuman mereka ketika menerima sumbangan dan kasih sayang benar-benar menyentuh hati.

8 Januari 2025

Poliklinik Dr. Medic berbesar hati kerana telah dipilih sebagai rakan kerjasama dalam inisiatif keselamatan komuniti bersama PDRM Ampang Jaya. Pengiktirafan ini mencerminkan komitmen kami dalam memastikan persekitaran rawatan yang selamat, selesa dan mematuhi undang-undang serta piawaian kesihatan semasa. Kami juga tegas dalam membanteras penipuan serta melindungi identiti dan maklumat pesakit. Setiap urusan dikendalikan secara telus, beretika dan penuh integriti demi menjaga kepercayaan anda.

Poliklinik Dr. Medic x PDRM Ampang Jaya: Keselamatan Untuk Semua

Kami Bersama Komuniti, Demi Kesihatan Sejahtera 🤍

Kami komited untuk terus menjadi klinik yang bukan sahaja menawarkan rawatan terbaik, malah berperanan sebagai rakan komuniti yang aktif dan prihatin. Klik butang di bawah untuk membuat permohonan bagi Program CSR atau kerjasama komuniti yang lain.