Ultrasound Scan Anggota Badan Untuk Lelaki
Perkhidmatan ultrasound khas untuk lelaki di Poliklinik Dr. Medic. Pemeriksaan ini guna gelombang bunyi untuk tengok keadaan organ dalaman lelaki seperti buah pinggang, pundi kencing, dan kawasan abdomen. Dilakukan oleh staf yang terlatih dan berpengalaman.
Senarai Perkhidmatan Ultrasound Anggota badan Lelaki
Thyroid / Neck Scan
Ultrasound Tiroid atau Leher untuk lelaki. Pemeriksaan cepat dan tidak menyakitkan untuk melihat keadaan kelenjar tiroid dan sekitar leher. Sesuai untuk kesan bengkak, ketulan, atau masalah berkaitan hormon.
RM90
KUB + Prostate Scan
Pemeriksaan untuk tengok keadaan buah pinggang, pundi kencing, salur kencing dan kelenjar prostat. Sesuai untuk kesan batu karang, masalah kencing tak lawas, atau bengkak prostat.
RM120
abdomen Scan
Pemeriksaan untuk hati, pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas, limpa, aorta, buah pinggang, saluran kencing dan prostat. Sesuai sebagai saringan kesihatan berkala terutamanya bagi mereka yang jantina lelaki.
RM128
scrotal + KUB + Prostate
Pemeriksaan untuk testis, saluran sperma, buah pinggang, saluran kencing dan prostat bagi mengenal pasti punca masalah kesihatan lelaki. Pemeriksaan ini membantu mengesan awal keadaan seperti ketulan, varikokel (urat membesar), jangkitan, batu karang, penyakit buah pinggang.
RM160
HBS Scan
Ultrasound HBS adalah pemeriksaan untuk tengok keadaan hati, pundi hempedu, dan saluran hempedu. Sesuai untuk kesan batu hempedu, bengkak hati atau masalah pencernaan.
RM99
Pakej imbasan lelaki menyeluruh
abdomen + pelvis + scrotal
Pemeriksaan lengkap hati, pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas, limpa, aorta, buah pinggang, pundi kencing, prostat, testis dan saluran sperma. Pemeriksaan ini membantu mengesan awal masalah seperti batu karang, jangkitan, ketumbuhan, saluran tersumbat, keradangan.
RM160
SCROTAL + TESTICAL Scan
Pemeriksaan testis dan struktur dalam skrotum termasuk saluran sperma serta pembuluh darah bagi mengenal pasti punca sakit atau ketidakselesaan. Pemeriksaan ini dapat mengesan awal keadaan seperti sakit berterusan, bengkak, perubahan saiz testis.
RM90
abdomen + pelvis Scan
Pemeriksaan yang menyeluruh untuk hati, organ pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas, limpa, aorta, buah pinggang, pundi kencing dan prostat. Ia amat sesuai dilakukan bagi mereka yang berjantina lelaki yang mengalami ketidakselesaan ketara pada bahagian bawah perut.
RM160
full body Scan
Pemeriksaan untuk organ tiroid, hati, pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas, limpa, aorta, buah pinggang, pundi kencing, prostat, testis dan juga saluran sperma. Pemeriksaan ini membantu mengesan awal sebarang perubahan seperti keradangan, batu karang, ketumbuhan ketara, saluran tersumbat, masalah hormon lelaki, serta pembesaran prostat.
RM300
Kami menerima pelanggan secara walk-in bagi pemeriksaan ultrasound. Namun, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, sila hubungi Careline kami terlebih dahulu untuk mengesahkan ketersediaan sonographer sebelum hadir. Adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot temujanji lebih awal bagi mengurangkan masa menunggu dan membolehkan persediaan yang sewajarnya.
Testimoni Perkhidmatan Ultrasound Kami

