Ultrasound Scan MSK untuk Sendi / Otot / Tulang

Perkhidmatan ultrasound khas di Poliklinik Dr. Medic. Imbasan MSK ini menggunakan gelombang bunyi untuk menilai keadaan otot, sendi, ligamen dan tulang seperti bahu, lutut, dan pergelangan tangan. Sesuai untuk sakit, bengkak atau kecederaan. Dilakukan oleh sonographer yang terlatih dan berpengalaman.

Senarai Perkhidmatan Ultrasound untuk Sendi / Otot / Tulang

Bahagian Kecil

Kawasan Dibolehkan: Pergelangan tangan / siku / buku lali / jari tangan / jari kaki.

RM100/part

Bahagian Besar

Kawasan Dibolehkan: Bahagian Bahu / lutut / pinggul.

RM120/part

PromoSI Tambahan Bahagian (+RM80):

Promosi tambahan bahagian ini hanya terpakai sekiranya dua kawasan imbasan yang dipilih adalah daripada kategori yang sama.

Contoh sah:

  • Gabungan Bahagian Kecil + Bahagian Kecil (contoh: pergelangan tangan + siku)

  • Gabungan Bahagian Besar + Bahagian Besar (contoh: bahu + lutut)


Tidak sah untuk gabungan berlainan kategori, seperti:

  • Bahagian Kecil + Bahagian Besar (contoh: jari + bahu)

Bagi gabungan berlainan kategori, caj akan dikenakan mengikut harga penuh setiap bahagian berdasarkan kategori masing-masing.

Kami menerima pelanggan secara walk-in bagi pemeriksaan ultrasound. Namun, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, sila hubungi Careline kami terlebih dahulu untuk mengesahkan ketersediaan sonographer sebelum hadir. Adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot temujanji lebih awal bagi mengurangkan masa menunggu dan membolehkan persediaan yang sewajarnya.

Testimoni Perkhidmatan Ultrasound Kami

Jom Scan Sendi Otot Tulang Anda Dengan Kami !