Ultrasound Scan MSK untuk Sendi / Otot & scan khas saluran
Perkhidmatan ultrasound khas di Poliklinik Dr. Medic. Imbasan MSK dan khas ini menggunakan gelombang bunyi untuk menilai keadaan otot, sendi, ligamen dan tulang seperti bahu, lutut, dan pergelangan tangan, dan saliran khas seperti darah, pundi kencing dan sebagainya. Sesuai untuk sakit, bengkak atau kecederaan. Dilakukan oleh sonographer yang terlatih dan berpengalaman.
Ultrasound khas untuk organ saluran
superficial (Lump & Bump)
Kawasan Pemeriksaan pada ketulan di kulit atau tisu luar seperti di leher, ketiak, lengan, perut, paha atau mana-mana bahagian badan. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti sama ada ketulan tersebut berpunca daripada sista, lipoma (ketulan lemak), pembengkakan kelenjar, jangkitan atau perubahan tisu yang tidak normal.
RM120
common carotid artery
Pemeriksaan salur darah utama di leher bagi menilai aliran darah ke otak serta mengesan plak kolesterol, penyempitan (stenosis) atau risiko strok awal. Pemeriksaan ini sesuai untuk individu yang mempunyai faktor risiko seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, sejarah strok dalam keluarga.
RM150
deep vein thrombosis
Pemeriksaan pada salur darah vena di kaki untuk mengesan pembekuan darah yang boleh menyebabkan komplikasi serius. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti Deep Vein Thrombosis (DVT), keadaan di mana darah beku boleh bergerak ke paru-paru dan menyebabkan embolisme yang mengancam nyawa.
RM150
renal artery stenosis
Pemeriksaan pada salur darah ke buah pinggang untuk mengesan penyempitan (stenosis) yang boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sukar dikawal. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti gangguan aliran darah ke buah pinggang yang boleh menjejaskan fungsi organ serta meningkatkan risiko penyakit.
RM150
ras + kub scan
Pemeriksaan untuk salur darah buah pinggang, buah pinggang, saluran kencing dan pundi kencing bagi mengesan punca darah tinggi yang sukar dikawal serta masalah urin. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti penyempitan salur darah (stenosis), batu karang, jangkitan, keradangan.
RM200
Senarai Perkhidmatan Ultrasound untuk Sendi / Otot / Tulang
Bahagian Kecil
Kawasan Dibolehkan: Jari tangan / jari kaki.
RM150/part
Bahagian Besar
Kawasan Dibolehkan: Bahu & lutut.
RM150/part
PromoSI Tambahan Bahagian (+RM80):
Promosi tambahan bahagian ini hanya terpakai sekiranya dua kawasan imbasan yang dipilih adalah daripada kategori yang sama.
✅ Contoh sah:
Gabungan Bahagian Kecil + Bahagian Kecil (contoh: pergelangan tangan + siku)
Gabungan Bahagian Besar + Bahagian Besar (contoh: bahu + lutut)
❌ Tidak sah untuk gabungan berlainan kategori, seperti:
Bahagian Kecil + Bahagian Besar (contoh: jari + bahu)
Bagi gabungan berlainan kategori, caj akan dikenakan mengikut harga penuh setiap bahagian berdasarkan kategori masing-masing.
Kami menerima pelanggan secara walk-in bagi pemeriksaan ultrasound. Namun, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, sila hubungi Careline kami terlebih dahulu untuk mengesahkan ketersediaan sonographer sebelum hadir. Adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot temujanji lebih awal bagi mengurangkan masa menunggu dan membolehkan persediaan yang sewajarnya.
Testimoni Perkhidmatan Ultrasound Kami

