Ultrasound Scan Anggota Badan Untuk WanitA
Perkhidmatan ultrasound khas untuk wanita di Poliklinik Dr. Medic. Pemeriksaan ni guna gelombang bunyi untuk tengok keadaan organ dalaman wanita seperti rahim, ovari, dan kawasan pelvis. Semua dilakukan oleh doktor perempuan dan sonographer kami yang terlatih dan berpengalaman.
Senarai Perkhidmatan Ultrasound Anggota badan Perempuan
Thyroid / Neck Scan
Ultrasound Tiroid atau Leher untuk wanita. Pemeriksaan cepat dan tidak menyakitkan untuk melihat keadaan kelenjar tiroid dan sekitar leher. Sesuai untuk kesan bengkak, ketulan, atau masalah berkaitan hormon.
RM90
Breast Scan
Ultrasound Payudara untuk wanita. Pemeriksaan ini memang selamat dan tidak menyakitkan untuk kesan ketulan atau perubahan pada tisu payudara. Sesuai sebagai pemeriksaan awal atau susulan.
RM120
Female Pelvis Scan
Ultrasound Pelvis sesuai untuk wanita. Pemeriksaan untuk tengok keadaan rahim, ovari dan kawasan pelvis. Sesuai untuk kesan masalah haid, ketulan, cyst, atau isu kesuburan.
RM99
Breast + Pelvis Scan
Ultrasound Payudara + Pelvis untuk wanita. Pemeriksaan lengkap untuk kesan awal ketulan di payudara serta masalah pada rahim, ovari dan pelvis. Sesuai untuk check-up rutin atau bila ada simptom tertentu.
RM160
Transvaginal Scan
Imbasan dalaman guna probe kecil melalui faraj untuk lihat rahim, ovari, dan kawasan sekeliling dengan lebih jelas. Biasanya dibuat untuk kes macam period tak teratur, cyst, pendarahan luar biasa, atau masalah kesuburan.
RM60
Abdomen + Pelvis Scan
Pemeriksaan ini adalah sangat menyeluruh untuk organ hati, pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas, limpa, aorta, buah pinggang, pundi kencing serta organ pelvis. Ia untuk pemantauan yang lebih terperinci.
RM160
Breast + THYROID Scan
Pemeriksaan untuk payudara dan kelenjar tiroid bagi pengesanan awal sebarang perubahan tisu yang tidak normal seperti bengkak, sakit, suara serak dan perubahan berat badan tanpa sebab.
RM160
HBS Scan
Ultrasound HBS adalah pemeriksaan untuk tengok keadaan hati, pundi hempedu, dan saluran hempedu. Sesuai untuk kesan batu hempedu, bengkak hati atau masalah pencernaan.
RM99
KUB Scan
Ultrasound KUB adalah pemeriksaan untuk tengok masalah seperti masalah batu karang, jangkitan kencing, atau bengkak pada buah pinggang. Scan ni tak sakit dan ambil masa sekejap je.
RM99
Pakej Imbasan Wanita Menyeluruh
Pelvis + kub Scan
Ultrasound Pemeriksaan rahim, ovari, pundi kencing dan buah pinggang bagi mengenal pasti punca masalah berkaitan sistem urin dan reproduktif. Ia membantu mengesan awal keadaan di bahagian pinggang.
RM160
ABDOMEN Scan
Pemeriksaan yang merangkumi hati, pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas dan limpa untuk mengenal pasti keradangan, ketumbuhan atau masalah fungsi organ. Turut merangkumi buah pinggang serta saluran kencing.
RM128
Breast + pelvis Scan
Pemeriksaan untuk payudara, rahim, ovari dan pundi kencing bagi mengesan sebarang perubahan awal. Pemeriksaan ini membantu mengenal pasti sebarang ketulan, sista, fibroid, ketidakseimbangan hormon.
RM160
FULL BODY Scan
Pemeriksaan ultrabunyi yang lengkap untuk tiroid, payudara, hati, pundi hempedu, saluran hempedu, pankreas, limpa, aorta, buah pinggang, pundi kencing, rahim dan ovari. Ia sesuai dilakukan bagi wanita.
RM300
Kami menerima pelanggan secara walk-in bagi pemeriksaan ultrasound. Namun, bagi memastikan kelancaran perkhidmatan, sila hubungi Careline kami terlebih dahulu untuk mengesahkan ketersediaan sonographer sebelum hadir. Adalah digalakkan untuk membuat tempahan slot temujanji lebih awal bagi mengurangkan masa menunggu dan membolehkan persediaan yang sewajarnya.
Testimoni Perkhidmatan Ultrasound Kami

